Sunday, 7 June 2015

JANGAN BUANG BIJI KURMA!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat pencinta Makanan Sunnah!
Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam.
Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.
Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.
Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.
Langkah demi langkah memproses biji kurma, saya menggunakan biji kurma Ajwa
Namun pada post kali ini saya ingin berkongsi ilmu  dengan biji kurma. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi
jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.
Cara cara memproses biji kurma;
  • Basuh biji kurma dan tos kering
  • Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
  • Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
  • Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras) 
  • Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama
Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA
Kebaikannya? 
1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum
2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, beliau menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut
3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!
4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ  akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!
Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia
Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH

Thursday, 1 January 2015

'Ultra-sound Scanning' pada Harimau Malaya.

Aaauuummmm............................................
Aauummm......
Maklumat mengenai 'Chemon'.
Haa.... Mesti semua tertanya-tanya, betul ke ni?
Hurm.. betul.. betul.. betul... ini gambar betul, tak tipu...

Bila??? Buat apa???? Dekat mana?????? 

Huhuhu.. kes ni pada Mei 2014, sebelum saya cuti belajar 'DKHP'.  

Hehehe... inilah pekerjaan sebenar saya sebagai salah seorang ahli pasukan  'Reproductionese' atau 'Penyambung kitaran kehidupan' di Unit Teriogenologi, Veterinar UPM yang khas untuk haiwan. 

Dalam kes ni, harimau betina yang diberi nama 'Chemon' pernah melahirkan anak sebelum ni tetapi selepas dapat 'first baby' dia didapati bermasalah untuk bunting semula. Hurmmm...kesian kan dia...

Jadi pihak Perhilirtan atau Wlidlife Malaysia telah meminta kami untuk membantu mereka untuk sahkan apa sebenarnya yang terjadi pada 'Chemon'.

Menarikan kes ni?? 
Mesin 'Ultra-Sound' yang digunakan untuk pemeriksaan.


Bertempat di National Wildlife Rescue Center, Sungkai Perak, di mana tempat ni memang khas untuk konservasi atau pemuliharaan haiwan yang terancam dari kepupusan.

Huii...besarkan tapak kaki dia.
Apa yang 'team' saya buat? Kami telah pun membuat pemeriksaan dengan menggunakan mesin 'Ultra-sound' pada bahagian perut dia untuk memastikan masalah sebenar yang 'Chemon' hadapi. Macam dalam gambar di atas. Tapi sebelum tu, kenalah bagi 'Chemon' ubat tidur kalau tak... habis lah semua kena baham dengan dia..huhuhu...

Dan selepas pemeriksaan, terdapat cecair pada dalam rahim 'Chemon'. Ini yang membuatkan dia tidak dapat untuk bunting walaupun selepas beberapa kali dikahwinkan dengan harimau jantan. 

Sejenis hormon penggalak disuntik untuk memulihkan keadaan rahim 'Chemon' seperti sediakala dengan harapan cecair itu dapat keluar melalui proses pengecutan rahim.

Selepas selesai, 'Chemon' pun diberi ubat 'Reversal' iaitu untuk menghilangkan kesan ubat tidur tadi.
Pemantau berterusan dilakukan oleh pihak Perhilirtan sehingga 'Chemon' dapat bunting semula.

Hehehe..sebelum balik, ambil gambar dulu...

  
'Nani' anak harimau kelahiran Zoo Melaka yang berusia 1 tahun.