Friday, 28 November 2014

Makanan Sunnah Rasulullah S.A.W

Alangkah bertuahnya jika kita dapat teladani diet pemakan Rasulullah saw dan pada masa yang sama dapat beroleh pahala kerana menghidupkan amalan dan sunnah baginda Rasulullah saw. 
Terdapat 4 jenis bahan yang digemari oleh baginda Rasulullah saw yang disebutkan dalam hadis dan juga al-Quran.

1. Madu

Di riwayatkan daripada Aishah rha menceritakan; Nabi saw menyukai manisan dan MADU. [direkodkan di dalam Sahih Bukhari]

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".
 (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (MADU) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit.
Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.[an-Nahl : 69]
 

Khasiat Madu

  • Membekalkan sumber tenaga segera
  • Mengubati luka-luka
  • Meningkatkan antibodi dan daya tahan penyakit
  • Meningkatkan hormon dan kesihatan seksual
  • Sumber utama vitamin dan mineral


2. Buah Delima


Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon- pohon kurma dan DELIMA. [ar-Rahman : 68] 
Nabi berkata ; "Tidaklah BUAH DELIMA yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian dari BUAH DELIMA di dalam syurga". [direkodkan oleh Al-Dzahabi]



Khasiat Buah Delima

  •  Mencegah pembentukan sel kanser
  •  Mencantikkan dan melincinkan kulit
  •  Baik untuk pesakit yang mengidap tekanan darah tingg
  •  Baik untuk sistem penghadaman
  • Menguatkan rahim


3. Buah Kurma


Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon- pohon KURMA dan delima. [ar-Rahman : 68]
"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon KURMA itu, supaya gugur kepadamu buah KURMA yang masak. [Maryam : 25]

Khasiat Buah Kurma

  • Memberikan tenaga segera
  • Baik untuk menguatkan memori
  • Penawar racun
  • Baik untuk wanita mengandung dan bersalin
  • Mengubati masalah usus dan sembelit


4. Habbatus Sauda' 
Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya AL-HABBATUS SAUDA' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut. [Riwayat Imam Bukhari]

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.[Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb]


Khasiat Habbatus Sauda'


  • Menurunkan kadar gula dalam darah
  • Merawat masalah keputihan
  • Meningkatkan stamina badan
  • Meningkatkan hormon dan kesuburan seksual
  • Anti alergi dan bakteria 

Semoga sunnah Rasulullah saw ini dapat kita amal setiap hari dan mendapat pahala pada yang mengamalkanya.